Sunday 19 May 2013

GURU BESAR SK TAMAN JANA



PUAN HAJAH RAHINAH BINTI RAMLI
GURU BESAR 
SK TAMAN JANA
KAMUNTING 

Saturday 18 May 2013

Lagu Sekolah

PENJANA MINDA BESTARI

Semoga direstui Ilahi
Sekolah yang kami cintai
Menuju Cita Hasrat Mulia
Membina Minda
 Berdisiplin dalam harmoni
Teguh menjulang nilai murni
Semangat jaya ukir bersama
Amalan mulia
 Bersama kita bina SK Taman Jana
Berganding bahu mengejar ilmu
Setiap waktu
Bersama kita jaga Etika nilai kerja
Akhlak mulia kekal sentiasa
Dimana saja 
Memupuk keikhlasan diri
Dalam insan berperibadi
Menempah kemajuan bersama
Padu tenaga
Sekolah kami
PENJANA MINDA BESTARI

Warga Sekolah


Gambar Warga Sekolah Kebangsaan Taman Jana Tahun 2012



warga sekolah



Lencana Sekolah SK Taman Jana



BIRU :
Melambangkan ketelusan perhubungan yang baik antara warga sekolah dan masyarakat
KUNING :
Melambangkan kesetiaan kepada keutuhan dan kedaulatan negara Malaysia yang tercinta
GLOBE :
Penguasaan ilmu adalah penting untuk menguasai keseluruhan alam sejagat
MULTIMEDIA :
Menguasai ilmu komputer penting untuk menguasai dunia di alaf baru millennium
PENDIDIKAN :
Kecemerlangan dan kegemilangan dikuasai melalui pendidikan

VISI DAN MISI





PK PENTADBIRAN


PUAN NOR HAYATI BINT ABDUL EID
 PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SK TAMAN JANA
KAMUNTING

PENOLONG KANAN HEM



ENCIK MUHAMMAD FUAD BIN ABD MALEK
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
SK TAMAN JANA
KAMUNTING 

PIBG Tahun 2016


Pelbagai aktviti dan program akan dijalankan pada 2016 supaya kemenjadian murid sk taman jana dapat dijana. oleh itu kerjasama dari pihak tuan puan demi kejayaan dan kecemerlangan sekolah ini, pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih

UCAPAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM


PUAN HASNI BINTI ABD HADI
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM 
SK TAMAN JANA 
KAMUNTING 

Assalamualaikumdan selamat sejahtera.
Kegiatan kokurikulum dianjurkan bagi memantapkan lagi penguasaan teori dan amali pelajar di dalam cabang kokurikulum ke arah pemantapan kendiri serta kepimpinan pelajar. Ianya selaras dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI).
SK Taman Jana merasa bertanggungjawab memegang amanah bagi melahirkan pelajar yang mampu menyumbang sesuatu kepada agama, bangsa dan negara. Dan pihak sekolah berharap aktiviti ini dapat menggalakkan pelajar dalam penglibatan mereka dalam bidang beruniform. Seorang pelajar dididik dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan untuk menjadiseorang insan yang seimbang dan harmonis. Pendidikan hendaklah dilihat sebagai satu proses sepanjang hayat. Seluruh agen pendidikan formal, tak formal dan bukan formal berkewajipan dan berperanan secara bekerjasama, lengkap melengkapi dan memenuhi tanggungjawab masing-masing dalam pendidikan.
Kegiatan kokurikulum yang dijalankan diluar bilik darjah adalah penting untuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan atau "espirit de corps" di antara murid-murid berbagai keturunan yang mempunyai latar belakang yang berlainan. Ia juga bertujuan melatih murid-murid supaya bersikap bertanggungjawab, berdikari dan berkemahiran di dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai.
Sekian, terima kasih.