Saturday 18 May 2013

UCAPAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM


PUAN HASNI BINTI ABD HADI
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM 
SK TAMAN JANA 
KAMUNTING 

Assalamualaikumdan selamat sejahtera.
Kegiatan kokurikulum dianjurkan bagi memantapkan lagi penguasaan teori dan amali pelajar di dalam cabang kokurikulum ke arah pemantapan kendiri serta kepimpinan pelajar. Ianya selaras dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI).
SK Taman Jana merasa bertanggungjawab memegang amanah bagi melahirkan pelajar yang mampu menyumbang sesuatu kepada agama, bangsa dan negara. Dan pihak sekolah berharap aktiviti ini dapat menggalakkan pelajar dalam penglibatan mereka dalam bidang beruniform. Seorang pelajar dididik dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan untuk menjadiseorang insan yang seimbang dan harmonis. Pendidikan hendaklah dilihat sebagai satu proses sepanjang hayat. Seluruh agen pendidikan formal, tak formal dan bukan formal berkewajipan dan berperanan secara bekerjasama, lengkap melengkapi dan memenuhi tanggungjawab masing-masing dalam pendidikan.
Kegiatan kokurikulum yang dijalankan diluar bilik darjah adalah penting untuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan atau "espirit de corps" di antara murid-murid berbagai keturunan yang mempunyai latar belakang yang berlainan. Ia juga bertujuan melatih murid-murid supaya bersikap bertanggungjawab, berdikari dan berkemahiran di dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai.
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment